Khamis, 19 Ogos 2010

Aktiviti Kelab Sahabat Tahun 2010

Kelab Sahabat

Senarai aktiviti yang bakal dijalankan oleh Kelab Sahabat ;

  1. Tautan Qaseh (Rumah Orang-Orang Tua Tidak Berwaris Batu Anam)
  2. OPKIM (Simpang Renggam)
  3. Dinner Kelab Sahabat

Program Tautan Qaseh akan diadakan pada 20 August 2010 bersamaan 11 Ramadhan....program ini adalah bertujuan untuk melawat dan membantu orang-orang tua di sana...sambio berbuka puasa bersama mereka...dengan cara ini dapat mengurangkan sedikit kesedihan mereka di bulan ramadhan ini....Sebagai uat Islam kita digalakkan untuk memperbanyakkan pahala...heheheh.

Isnin, 9 Ogos 2010

"AGM Kelab Sahabat"

SAHABAT
ANNUAL GENERAL MEETING

LAPORAN AGM KELAB SAHABAT ANJURAN KELAB SAHABAT

AKTIVITI : AGM KELAB SAHABAT DAN PENDAFTARAN AHLI BARU
TARIKH : 22 JULAI 2010
TEMPAT : BANGUNAN SRI LAKSAMANA

AGM Kelab Sahabat anjuran kelab kami sendiri telah dijalankan pada hari Khamis, 22 Julai 2010 bertempat di SL 202. Sambutan yang diterima agak menggalakkan. Seramai lebih 90 pelajar baru mendaftar.
AGM ini bermula pada pukul 9.00 dengan bacaan doa daripada Exco Kerohanian, M. Syafiq Md Samian. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan kata-kata aluan oleh Presiden Kelab, Cik Shairah Adnan. Majlis kemudian diikuti dengan ucapan daripada Penasihat Kelab Sahabat, En Shafiee Md Tarmudi.
Pelajar kemudian dipersembahkan dengan persembahan multimedia oleh Exco Multimedia bagi projek AGM ini, Mohamad Azim B Zainal Abiden. Sementara persembahan ini berlangsung, Pengerusi Majlis telah member info berkenaan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada semester ini.
Antara aktiviti-aktiviti yang dirancang, OPKA di Zoo Melaka, Titian Qaseh di Segamat, dan Dinnner serta Jamuan Raya.
Majlis ini turut diselang-selikan dengan acara cabutan bertuah. Sermai 10 pelajar betuah telah mendapat hadiah cenderahati daripada kami. Jemputan VIP telah dijemput menjamu selera. sebelum majlis tamat, Presiden Kelab mengumumkan kepada sesiapa ahli yang berminat untuk menjadi exco baru Kelab Sahabat. Kami telah menerima lebih daripada 15 pelajar yang berminat menjadi exco.
AGM akhirnya tamat tepat pukul 11.30.

DISEDIAKAN OLEH,
FARAH WAHIDA BT JAAFAR
(SETIAUSAHA KELAB SAHABAT)

KELAB SAHABAT
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Johor Kampus Segamat
Johor Darul Takzim
Minit Mesyuarat Bersama Exco

Tarikh : 27 Julai 2010
Hari : Selasa
Masa : 9.00
Tempat : U 107

Ahli yang hadir:

President: Shairah Bt.Adnan

Naib President
: Norliyana Bt. Ahmad Husni

Setiusaha: Farah Wahida Bt. Jaafar

Bendahari: Aznina Hanim Bt. A Wahab

Publisiti dan Promosi: Roaznizah Bt. Mohd Asnan

Multimedia: Nor Zulaika Bt. Dolah

Hubungan Korporat: Nurul Afiqah Bt. Aminudin

Kebajikan Dan Kerohanian: Syafiq B. Md Samian

Tugas-Tugas Khas: Mohamad Azim B. Zainal Abiden


Agenda Tindakan
  1. Temuduga exco baru -Barisan exco yang hadir
  2. Pemilihan exco baru -Presiden Kelab Sahabat
  3. Perbincangan antara exco lama dan baru - Ketua Projek dan Barisan Exco
-Program yang bakal dijalankan
-Kertas kerja yang perlu dihantar
-OPKIM
-OPKA
-Tautan Qaseh
-Dinner