Jumaat, 17 September 2010

SAHABAT

TITIAN QASEH

LAPORAN AKTIVITI TITIAN QASEH ANJURAN KELAB SAHABAT

Tarikh

:

20 Ogos 2010

Hari

:

Jumaat

Tempat

Bil. Penghuni

:

:

Rumah Orang Tua Islam Tidak Berwaris Batu Anam,

Kg Kenangan, Kg Batu Anam, 85100 Segamat,

Johor.

4 orang penghuni(wanita)

Masa

:

2.30.M – 10.00 P.M

Pada hari Jumaat lalu, bersamaan 20 Ogos 2010, Kelab Sahabat telah menganjurkan satu program krohaniaan sempena bulan Ramadhan, iaitu Titian Qaseh. Program ini telah disertai seramai 20 ahli Kelab Sahabat yang terdiri daripada Exco, Jawatankuasa, dan ahli kelab sendiri. Pegawai yang turut bersama ialah, En Syafiee b Md Tarmudi.

Kami bertolak pada pukul 2.30 petang dan tiba tepat jam 3.00 petang. Aktiviti kami setibanya di sana ialah, majlis pelancaran dan ucapan alu-aluan daripada Presiden Kelab Sahabat serta pembahagiaan tugas. Selepas pembahagiaan tugas mengikut kumpulan, kami meneruskan aktiviti seterusnya iaitu gotong royong membersihkan kawasan sekitar Rumah Orang Tua Islam Tidak Berwaris Batu Anam. Selesai sahaja gotong royong bersama, semua ahli dan peserta mengambil peluang beramah mesra dengan penghuni rumah tersebut .

Pada pukul 6 petang, pihak kami telah datang menghantar makanan untuk berbuka. Semua peserta program ini mengambil kesempatan untuk membantu menyediakan makanan unutk dihidangkan semasa berbuka. Antara juadah kami pada hari tersebut adalah, bubur lambuk, karipap, dan nasi berlauk. Seterusnya, kami solat terawih berjemaah antara peserta dan penghuni rumah itu.

Selesai terawih, majlis diteruskan dengan perasmian daripada penasihat Kelab Sahabat, En Syafiee b Md Tarmudi. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan sumbangan daripada pihak kami.

Berikut adalah antara gambar-gambar sepanjang program Titian Qaseh ini:

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan